Tadi, saya dan dua orang rakan telah menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk dibentangkan dalam kelas. Tetapi, perbentangan tidak dapat dilakukan kerana kekangan masa. Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Penulisan RPH menggunakan bahasa baku. Ayat yang digunakan ringkas, tepat dan padat.
Bahan bantu mengajar (BBM) digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran secara berkesan, iaitu mudah diingati dan difahami oleh murid. Penggunaannnya dalam proses P&P dapat menarik perhatian murid, selain meningkatkan minat mereka untuk mengikuti pelajaran.
Kepentingan BBM:
- Murid dapat mengikuti pengajaran dengan penuh minat.
- Murid dapat memberikan fokus kepada perkara yang diajar.
- Murid dapat melihat struktur asas sesuatu konsep dengan jelas.
- Murid dapat menvisualisasikan konsep atau gagasan yang abstrak.
- Murid dapat menyusun serta menggabungkan segala aspek yang dipelajari secara global, misalnya menerusi peta konsep.
- Sesuai dengan tajuk atau topik.
- Berkaitan dengan objektif pengajaran.
- Selaras dengan kebolehan murid.
- Menarik.
- Dipelbagaikan untuk kesesuaian dengan perbezaan murid.
- Tersusun, kemas dan tepat.
- Mudah, iaitu tidak terlalu rencam atau mengelirukan.
- Tulisan dan saiznya jelas serta sesuai.
(Rujukan : Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012:283-284). Kaedah Pendidikan Guru)
Sekadar selingan untu pembaca dan rakan-rakan :
"Terang hati" - Seseorang yang mudah atau senang mendapat sesuatu yang diajarkan kepadanya.
No comments:
Post a Comment