Punca-punca berlakunya pencemaran
bahasa:
1. Kurang pengetahuan dan pelajaran
bahasa Melayu.
2. Tidak mengambil berat terhadap
bahasa Melayu sehingga kesalahan yang diketahui tidak diperdulikan.
3. Tidak berusaha memperbaiki
penguasaan bahasa Melayu.
4. Menggunakan bahasa Melayu sesuka
hati tanpa merujuk kepada Dewan Bahasa
dan Pustaka atau pakar-pakar bahasa.
5. Ketinggalan kepada perkembangan
dan perubahan sistem bahasa Melayu seperti ejaan dan istilah baru.
6. Masih menggunakan bahasa Melayu
lama atau menterjemah daripada bahasa Inggeris.
7. Sikap kurang tegas ketua-ketua
jabatan dalam usaha meninggikan taraf penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
kakitangan jabatan.
8. Sikap anti bahasa Melayu.
Langkah-langkah membendung
pencemaran bahasa:
1. Kempen-kempen kesedaran.
2. Kursus-kursus bahasa Melayu.
3. Menggalakkan tabiat membaca dalam
kalangan pelajar.
4. Mewajibkan pelajar dan guru
menggunakan bahasa baku dalam lisan dan tulisan.
(Rujukan: Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Haji Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 3 : Kominikasi Bahasa)
No comments:
Post a Comment