Monday 4 March 2013

1. Amalan 'tawar-menawar'

Musim membeli-belah sedang hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana mendapat bantuan daripada kerajaan. Bantuan ini diberikan kepada golongan pelajar, belia dan orang yang sudah berkeluarga mengikut syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan. Bersyukurlah kita menjadi rakyat di negara ini. Pelbagai kemudahan telah disediakan dan diberi tanpa mengira bangsa dan agama.

Kini, bidang perniagaan kian meluas dan rancak di seantero dunia. Perniaga khususnya bersaing secara sihat untuk menghasilkan barangan yang berkualiti dan menarik minat pembeli. Barangan yang bermutu dan dijual dengan harga yang berpatutan akan mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli. Walau bagaimanapun, terdapat kebaikan dan keburukan dalam bidang perniagaan ini.

Sebagai pembeli, sudah pasti kita inginkan harga yang paling murah dan barang yang berkualiti. Apabila membeli sesuatu barang, selalunya pembeli akan tawar-menawar dengan peniaga terlebih dahulu. Amalan ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita. 'Tawar-menawar' dapat didefinisikan sebagai perbuatan saling meminta dikurangkan harganya.

Pembeli akan menggunakan variasi kata-kata yang mampu memikat dan mencairkan hati peniaga untuk mengurangkan harga barangan. Contohnya,
1. "Abang, boleh kurang lagi tak harga baju ini?".
2. "Saya beli banyak, boleh kurangkan harga tak?".
3. "Kakak cantik la, boleh kurang sikit harga kasut ini?".

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa amalan ini memberikan kesan positif dan negatif kepada peniaga dan pembeli. Kita haruslah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebaiknya, sesuatu yang ingin kita lakukan biarlah boleh mendatang kebaikan kepada semua pihak.

Sekadar selingan untuk pembaca :
"Lintah darat" - Peniaga yang mengambil keuntungan terlalu tinggi.

No comments:

Post a Comment